Catnest merupakan klinik mesra kucing yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn Cheras, Cheras & Lake Fields, Sg Besi. Berpegang kepada moto utama “where love means more”, kami di Catnest berusaha untuk menawarkan khidmat professional veterinar yang berpaksikan kasih sayang terhadap haiwan dan juga kepada pemilik.
Bermula dengan impian untuk mewujudkan klinik mesra kucing yang mengutamakan kualiti servis terbaik, pada bulan Oktober 2018, terdirinya Catnest Veterinary Clinic oleh pasangan Dr Razila dan Dr Muhammad Syafiq di Bandar Tun Hussein Onn sebagai lambang komitmen mereka kepada para pencinta kucing.
Hanya bermula dengan 4 kakitangan, dan kini dengan sokongan berterusan para pelanggan yang percaya dengan kualiti servis yang kami tawarkan, kami berjaya untuk terus berkembang dan membentuk lebih ramai pecinta haiwan yang berkhidmat untuk membantu memberikan khidmat mesra terbaik kepada pelanggan dan menjadi antara klinik veterinar utama di Selangor dan Lembah Klang.
No 2A, Jalan Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor