PIAGAM PELANGGAN KLINIK KESIHATAN SG SEKAMAT:
Kami berikrar akan memberi perkhidmatan yang Cepat, Cekap dan Bermutu berlandaskan ciri-ciri Khidmat Penyayang, Profesionalisme dan Berpasukan
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan seperti berikut:
-Pendaftaran beserta nombor giliran dalam masa 30 minit.
-Pelanggan akan diperiksa dalam masa 90 minit.
-Pelanggan akan diperiksa/dirawat mengikut giliran kecuali:
-Kes-kes kecemasan
-Orang kelainan upaya (OKU)
-Warga tua 65 tahun ke atas
-Penderma darah
-Rujukan akan dibuat kepada bahagian-bahagian tertentu bagi pesakit yang memerlukan nasihat rawatan khusus atau perlu dirujuk ke hospital.
-Tarikh temujanji/surat rujukan/preskripsi ubat akan dibekalkan kepada pesakit jika diperlukan.
-Pelanggan boleh membuat sebarang cadangan melalui borang yang terdapat di Peti Cadangan di Kaunter Pendaftaran Utama