Terma perkhidmatan kami:
(1) Keutamaan perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini adalah untuk komuniti di bawah kawasan pengoperasian Klinik Kesihatan Puchong Batu 14.
(2) Bagi anda yang berada di luar kawasan pengoperasian, digalakkan menggunakan perkhidmatan di klinik yang berdekatan.
(3) Sila pastikan anda hadir 30 minit awal sebelum masa temujanji yang dibuat. Kegagalan menepati masa temujanji, akan menyebabkan temujanji anda terbatal dan anda perlu membuat temujanji yang baru.
(4) Sekiranya anda ingin menukar temujanji pada tarikh yang lain, sila batalkan temujanji anda sebelum memilih slot temujanji yang baru. Temujanji anda akan terbatal sekiranya didapati anda menempah lebih daripada satu slot temujanji di dalam servis yang sama.
(5) Sekiranya anda telah pun diberi temujanji ulangan bagi kes kronik (diabetes, darah tinggi, asma dan seumpamanya) dan kes Ibu & Anak, anda tidak perlu menempah slot temujanji baru di sini.
(6) Sebarang pertanyaan sila, berhubung melalui email atau facebook kami:
i) klinikkesihatanbt14@gmail.com
ii) Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 - Home | Facebook